Penyetempatan Permainan Video

PERKHIDMATAN PENTERJEMAHAN

Localsoft menawarkan perkhidmatan penterjemahan berkualiti tinggi untuk industri permainan video. Kami telah menterjemahkan beribu-ribu tajuk permainan video sejak tahun 1988.

PERKHIDMATAN AUDIO

Localsoft menyediakan perkhidmatan alih suara dan perkhidmatan pasca penghasilan untuk pasaran global menggunakan bakat vokal bahasa asli yang profesional.

PERKHIDMATAN PENGUJIAN

Perkhidmatan pengujian kami memastikan aset penyetempatan anda berada dalam kualiti tertinggi termasuk teks, audio, artwork, sinematik, sari kata dan garis panduan Pihak Pertama.

3500

PENYETEMPATAN PERMAINAN VIDEO

33

TAHUN BEROPERASI

3000

PENTERJEMAH PERMAINAN VIDEO

50

BAHASA BERBEZA

Perkhidmatan Penterjemahan

Localsoft menyediakan perkhidmatan penterjemahan dalam lebih daripada 50 bahasa untuk industri permainan video. Semua penterjemah kami diuji, dipilih dan dilatih dengan teliti untuk menghasilkan tahap kualiti yang tertinggi. Penterjemah kami hanya menterjemah ke dalam bahasa asli mereka dan semua fail dibaca pruf oleh ahli linguistik kedua sebelum penghantaran kerja dilakukan. Semua penterjemah kami meminati permainan video dan mengetahui peristilahan serta garis panduan permainan terkini.

Pakar penyetempatan permainan video

Garis panduan terbaru untuk Microsoft, Nintendo dan Sony

Kawalan Kualiti: Diperakui ISO 9001 dan EN15038

Lebih daripada 3000 tajuk permainan video disetempatkan sejak tahun 1988

Kapasiti tinggi untuk projek besar

Penyediaan sari kata

Kami bekerja dalam semua platform utama

Perkhidmatan Audio

Localsoft berbakti kepada industri permainan video dengan menyediakan perkhidmatan audio ulung yang meningkatkan permainan dan kehadiran anda dalam pasaran antarabangsa. Anda boleh mempercayai Localsoft untuk menghasilkan pengalihan suara dalam pelbagai bahasa dan perkhidmatan pra/ pasca penghasilan anda dalam garis masa yang dipersetujui demi mendapatkan hasil yang berkualiti tinggi.

Penterjemahan skrip

Arahan suara

Pembatasan masa / segerak bibir

Studio rakaman antarabangsa

Alih suara

Kumpulan besar bakat vokal antarabangsa

HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT

Perkhidmatan Pengujian

Dalam pasaran global hari ini, pengujian tidak pernah menjadi sepenting ini. Salah terjemahan, kesilapan ejaan, salah tafsir budaya, teks bertindih atau terlajak, salah audio, dll. boleh mengakibatkan kekecewaan pemain dan akhirnya menyebabkan kerugian. Localsoft menawarkan Pengujian Penyetempatan yang sangat teliti untuk memastikan kualiti akhir aset disetempat dalam permainan anda.
Pengujian penyetempatan

Penguji bahasa sasaran asli

Kerahsiaan

Makmal Pengujian Biometrik yang selamat

Kit ujian Pihak Pertama

100 stesen kerja (boleh ditambah)

Beberapa permainan klasik yang telah kami setempatkan

Sebahagian Klien kami

MAKLUM BALAS KLIEN KAMI

Tentang Localsoft

Localsoft, S.L. adalah salah satu syarikat penyetempatan permainan video terkemuka dunia

Dengan beribu-ribu tajuk permainan yang telah disetempatkan, kami menawarkan perkhidmatan penyetempatan premium untuk industri permainan termasuk penterjemahan, pembacaan pruf, penerbitan, penyediaan sari kata, audio dan pengujian. Kami bangga dengan hasil kerja kami dan menjamin perkhidmatan yang diberikan adalah dalam kualiti tertinggi.

Kepakaran kami adalah dalam projek bersaiz sederhana sehingga besar dan menyediakan pasukan projek yang sepadan dengan keperluan khusus anda.

Localsoft menyediakan penyelesaian sehenti untuk semua keperluan penyetempatan anda. Yakinlah bahawa projek anda akan dihantar tepat pada masanya, mengikut bajet, berkualiti tinggi serta kerahsiaan yang terjamin.

Hubungi Kami

Sila hubungi kami dengan menggunakan butiran di bawah atau lengkapkan borang pertanyaan kami untuk mendapatkan sebutan harga percuma.

E-mel

Anda boleh menghantar e-mel kepada kami di info@localsoft.com

Telefon

Jangan ragu-ragu untuk menelefon kami dengan pertanyaan anda di +34 952 028 080.

Alamat

Localsoft, S.L.
Calle Marie Curie, 5
29590 Málaga
Sepanyol

Borang Pertanyaan

  • Max. file size: 256 MB.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.